Titian Saluran Paip | Jambatan konkrit bakal dibina di Kampung Mansiang Baru

2022-09-21 0

Kisah tular mengenai murid terpaksa berpaut di saluran paip untuk ke sekolah mendapat perhatian Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tulid, Casmir Silip.

Jelas Casmir pihaknya dalam perancangan memajukan cadangan pembinaan jambatan konkrit di Kampung Mansiang Baru bagi memudahkan penduduk menyeberangi Sungai Biah menggunakan kenderaan.